Antara Buku Yang Telah Dibaca

Klik untuk melihat semua buku
Shelfari: Book reviews on your book blog

Wednesday, August 19, 2009

Kebun Mimpi
















Kebun Mimpi yang menggabungkan 3 cerita (Keranamu Ain, Nyanyian Tanjung Sepi & Biru Ungu Cinta). Rupa-rupanya watak2 utama 3 cerita ni ada kaitan. Jadi kalau dah baca 3 novel ni pasti kita nak tau sedikit perkembangan kepada watak-watak utamanya.apa terjadi kepada Fatah, Kamal, Ain, Nik Mohd Adam, Dr. Sharifah Nur Khaleeda... Kebun Mimpi nie menyelitkan sedikit sambungan daripada kisah-kisah sebelum ini. Dan ending yang meruntun hati dalam kebun mimpi.. watak utama dalam Kebun Mimpi nie lebih fokus kepada Ain & Adam (sambungan cerita Keranamu Ain), rasanya mungkin ada sambungan lagi kot sbb belum tau apa yang terjadi pada kisah Ain & Adam.
Oh ya.. dalam Kebun Mimpi nie ada 3 cerita tau.. 2 lagi kisah drp Syud & Rnysa..tapi aku belum habis baca lagi.. sbb lepas baca Kebun Mimpi aku patah balik ke Biru Ungu Cinta..hehe

Tuesday, August 18, 2009

Biru Ungu Cinta





















Cerita yang membuatkan air mata berjuraian..dari awal sampai akhir..kisah antara Seera Asyikin (sedapkan nama tu), Fatah & Kamal.. aku tabik dengan Seera yang sangat tabah menghadapi pelbagai ujian..berpisah dengan kekasih yang dikenali sejak kecil hanyalah disebabkan oleh kesilapan orang lain..boleh menyelami bagaimana perasaan orang yang menunggu saat2 malaikat maut datang menjemput..mmg sedih sangat.. juga dapat merasai perasaan yang bakal ditinggalkan..kisah cinta 3 watak ini akan bersambung di Kebun Mimpi..(sayang aku dah terbaca dahulu, sepatutnya baca kemudian, tak sangka pulak dua cerita ni berkaitan..)

tapi yang belummemiliki mmg patut beli..ataupun pinjam..mmg best sangat cita nie.. harap lepas nie kak Noor Suraya dapat keluarkan novel2 yang mcm nie.. (mmg semua novel kak Su best pun).

Satu kelebihan novel2 Kak Su nie selain drp ayat2 yg sedap, watak2 di dlm setiap novel mmg selalunya akan berkaitan (wpun sedikit).

Friday, May 1, 2009

Tunas & aA+bB - Hlovate



Dua buku nie habis baca.. sebenarnya kalau diikutkan Hlovate menulis buku aA+bB dulu..pastu baru dikeluarkan Tunas.. tapi bagi aku yang belum membaca kedua-duanya..lebih afdal aku baca Tunas dulu disebabkan Tunas nie kisah Addin & Benz di zaman sekolah.. dan aA+bB nie pulak kisah Addin & Benz dewasa...
untuk Tunas..sangat sesuai bagi sesiapa yang nak mengimbas kenangan di zaman persekolahan especially budak2 asrama.. cuma byk term2 Kimia & Fizik yang agak memeningkan bagi org spt ku yang ambil Sains Sosial nie.. almaklumla buku nie pun ditulis pada masa si penulisnya masih bersekolah.. sbb tu nampak mcm real sbb atas pengalaman sendiri dan pengalaman sekaliling waktu tu...
untuk aA+bB pulak.. ceritanya lebih sweet cuma kalau dipanjang watak waktu Benz & Aie di Holland rasanya lagi best.. dapat bayangkan betapa cantiknya tulip.. tiba-tiba terasa macam nak ke Holland.. hehe
apa2 pun Hlovate yang terkenal dgn hasil tulisan santai dan bahasa basahan ni seperti biasa menginsafkan diriku dengan menyelitkan ayat-ayat/hadith-hadith yang berkaitan..dalam bersantai beliau tak pernah melupakan nasihat2 bernas.. bravo!

Thursday, April 23, 2009

Panggil Aku Dahlia


Tajuk Buku :Panggil aku Dahlia
Penulis : Noor Suraya
Penerbit : Jemari Seni Publishing

Dah berjaya habiskan Novel Kak Su kali nie..Panggil Aku Dahlia (PAD).. aku bagi 5 bintang untuk PAD.. taktau nak review sedap2 cuma yang pastinya seperti biasa karya Kak Su tak menghampakan.. Cuma di bab-bab awal agak slow sementara nak kenal dgn watak2.. Pastu bila dah mula kenal watak2 tu susah nak berhenti..

watak Putri Dahlia & Wadi Hannan seperti benar-benar wujud dan sememangnya cite nie sweet sangat.. misteri kematian ibu Dahlia perlu dirungkai dan kesudahan bagi cerita ni adakah Dahlia bersatu jua dgn Wadi? Jom kita sama-sama ke Ladang Teh Timor, Tanah Rata Cameron Highlands.. jumpa Dahlia di sana..



Sunday, April 19, 2009

KLIBF 2009 - PWTC

Seperti yang dirancang.. hari Jumaat aku amik cuti semata-mata nak ke Pesta Buku.. Bertolak dari umah kol 9.30 dah janji ngan Zaihan ke KLIBF)... Zaihan nie opismate merangkap jiran setaman..sbb tu senang kitorang nak gi mana2..hehe

30 minit dari umah ku ke PWTC..parking kat stesen Putra..wahh kol 10.15 dah penuh parking? cepat tul derang nie..pastu sampai dpn PWTC dah ada yg menjenjet beg nak balik..uish cepat tul derang shopping...kalau aku sejam dua jam mmg tak cukup la..

Hasil nya.. aku berjaya beli novel2 yg dlm list.. tapi ada gak yg dlm wishlist tu tak jumpa booth..cthnya mcm booth PTS & Laskar Pelangi (tatau booth apa).. tapi ok la sbb ganti ngan beberapa buku yg takda dlm wishlist mcm buku2 panas drp kilang lagi (tapi aku mmg suka penulisnya..sequel lak tu..so tangkap je la..) kali nie puas hati sbb buku2 yg aku masukkan dlm wishlist tu semuanya yg dah direview & rating 5 bintang atau 4 1/2...
ok layan je la gambar2 nie... saja utk kenang-kenangan dan rujukan next pesta buku.. kalau ikutkan rasa tak puas nak jalan.. itupun dah kol 3.. tapi sbb tak larat nak jalan dah campo sakit pinggang.. kitorang plan maybe pegi 2nd round utk ke booth2 yg tak smpt singgah tu.. yg penting beli dlm list dulu...thanks to Zaihan ngan hubby yg tlg bwkkan buku2 ku yg byk itu..


senarai database buku sedia ada & wishlist..takut terbeli dua kali..

mak buyung yang menunggu hari nak bersalin tapi masih bersemangat nak ke Pesta Buku


nie lah hasilnya..novel2 plus buku anak2.. sedikit cenderamata drp booth Sayang Muslim..
semua buku2 Hlovate drp Jemari Seni Booth.. seperti dijangka Hlovate takkan ada..dia kan penulis misteri..lgun dia kat luar negara sekarang.. Cukup terhari bila setiap pembelian buku Hlovate diselitkan dgn Al-Ma'thurat yang siap ditandatangani penulis muda nie..
Ni yang paling best..aku borong sume buku kak Noor Suraya yang belum ada dlm simpanan & belum dibaca..pastu dapat sign semua buku2 tu..best best.. sbbnya kak Su bukan setakat sign, tapi setiap buku lain2 ucapannya.. thn lepas pun dah jumpa kak Su & dpt sign Surat Ungu Untuk Nuha..

nie contoh yang kak su dah coretkan..

Siri terbaru Hasil Tulisan Kak Su.. aku mmg suka kumpul buku2 pengembaraan mcm nie..beli 3 dapat t-shirt..

Hadiah-hadiah daripada Karangkraf untuk langganan majalah..aku perbaharui langganan majalah Pa&Ma & Impiana... suka melanggan sbb dapat resit utk income tax + diskaun tambahan + hadiah yang boleh dipilih2..
aku pilih peti surat, tempat gantung kunci, congkak & frame gambar.. utk 2 majalah sahaja..

nie dia buku-buku yang dah siap disimpan di rak buku.. mmg tak sabar nak habiskan baca semuanya.. membazir ke? rasanya tak.. sbb ini utk stok bacaan.. lgpun aku beli kat pesta buku dpt diskaun yg lebih drp diskaun di kedai buku..bonusnya dapat tandatangan penulis lagi..

apa2 pun mmg happy sangat..

list2 novel yang dibeli :

  1. Trilogi Ramli Awang Murshid : Bagaikan Puteri
  2. Cinta Sang Ratu
  3. Hijab sang Pencinta
  4. Ayat-Ayat Cinta
  5. Ketika Cinta bertasbih 1
  6. Ketika Cinta bertasbih 2
  7. Biru Ungu Cinta (Noor Suraya)
  8. Keranamu Ain (Noor Suraya)
  9. Rindunya Kian Membara (Noor Suraya)
  10. Tanah Andriyana (Noor Suraya)
  11. Panggil Aku Dahlia (Noor Suraya)
  12. Kebun Mimpi (Noor Suraya, Shud, Rnysa)
  13. Ayuh Lari Ke Pulau Harapan (Noor Suraya)
  14. Misteri Rumah Asap di Ladang Seri Taming (Noor Suraya)
  15. Ekspedisi ke Pinggir Taman Negara (Noor Suraya)
  16. 5 Thn 5 Bulan (Hlovate)
  17. aA + bB (Hlovate)
  18. Rooftop Rant (Hlovate)
  19. Tunas (Hlovate)
  20. Bohemian (Aeman) - authornya kuar solat jumaat
  21. Labyrinth (Aeman)
  22. Kompilasi Budak Momok (Ahadiat Akashah)
  23. Kompilasi Sekeping Kad valentine (Ahadiat Akashah)
  24. Tiga Hari Kemudian (Ahadiat Akashah) , cite baru panas lg..sambungan Untuk Tiga Hari
  25. Chinta (Norhayati Berahim) dapat jumpa author gak
  26. Cenderawasih (Fatinilam Sari Ahmad)
  27. Cintanya Kian Membara (Diya Elora) - (cite baru yang mendpt review yang menarik)

Thursday, April 9, 2009

Nyanyian Tanjung Sepi - Noor Suraya


tak tau kenapa..hrtu rasa mcm tak sabar sangat nak baca buku kak Noor Suraya yang lain.. padahal byk lagi novel waiting list utk dibaca kat rak tu..jd Pn.Limaunipis sarankan aku baca Nyanyian Tanjung Sepi...fuhh tebal bukunya.. mmg makan masa gak aku nak habiskan nie.. sbb masa yang ada pun sebelum tido malam2 je..


dan hasilnya.. smlm dah habis pun baca.. apa komen aku? ermmm merembes air mata la especially last2 tu.. aduhhh terharu campur dgn sedih... terutamanya di bahagian penghujung watak Nuur Hannah.. dan ending bagaimana berubahnya Tengku Dara..
sib baik anak2 n husband tak nampak aku nangis baca novel..kalau tak mau nye kena perli.. :)

Tuesday, March 31, 2009

Koleksi Buku

saja ja create blog nie khas utk koleksi buku2 & wishlist..senang nak trace lps nie.. sbb dah jumpe widget utk buku bergambar.. menarik utk rujukan..